Alhamdulillah, tadi pukul 11 pagi, aku dan abah ke UiTM Shah Alam untuk ambil jubah konvokesyen ku. Thanks abah temankan iena :') Kesian abah, confirm penat. Aku nak je stay Shah Alam sampai hari konvo. Hampir dah nak plan dengan kawan-kawan. Tak pun balik hari..naik bas. Tapi confirm ah abah tak nak. Dia lebih rela ulang alik teman anak bongsu dia ni.
Sampai UiTM dalam pukul 2.30 petang lepas lunch. Naik tangga tinggi kat stadium tu. Sampai-sampai je.. mak aihhhh ramaiiii tengah beratur. Panjang gillersss. Dah la panas pulak tu kan. Keadaan dia macam nak register belajar UiTM dolu dolu.. fuhh dah tuhe.
Mata melilau cari kawan-kawan yang aku kenal. Sorang pun tak nampak! Duk la aku mengipas fail sorang-sorang dalam barisan sambil-sambil tangan tak henti-henti dail nombor Ety. Mana Ety ni.. nak jumpa sangat-sangat!
Malam semalam, sempat jugak aku bungkus hadiah ni untuk Ety, Zee dan Jo. Hadiah biasa-biasa je. Moga kitorang tak lost contact lepas ni :')
Alhamdulillah, sempat aku jumpa Ety dan kawan dia, Balqis. Diorang lewat sebab terlupa print borang KPT. Then, bila dah sampai, diorang lupa nak bawak borang jubah
Aku suruhhh jugek diorang cuba je masuk tanya kot-kot boleh jugak ambil jubah without borang. Alhamdulillah, tak sia-sia. Boleh :D
Aku suruhhh jugek diorang cuba je masuk tanya kot-kot boleh jugak ambil jubah without borang. Alhamdulillah, tak sia-sia. Boleh :D
Hud merah untuk Art and Design 

Berbanding diploma dulu kat area PTAR, kali ni urusan pengambilan jubah di DATC sangat senang. Tersusun je setiap seksyen tu. Yang lama nya sebab beratur menunggu. Tapi time nak ambil jubah, sekejap sangat.
Yang paling penting, aku dapat size jubah yang aku nak :D Mula-mula segan nak mintak S, sebab rasa badan ni gemuk giler.
Then dia offer "Saya bagi awak size S lah ya?"
Aku sengehh. "Saya nak mintak tadi, tapi maluuuu.."
Padahal dia bagi S sebab ikut ketinggian.. 

Tak sabar 19 May ini. Semoga semuanya berjalan lancar 

Dah la hari panas, ada kejadian yang panas membahangkan hati kuuu semasa ontheway balik Ipoh tadi. Ada kereta mamat india ni laju.. kereta dia makin lama makin himpit himpit kereta kitorang. Then, lepas tu maiii dah perangai samseng dia. Dia tak jadi nak potong, dia slowkan kereta dia then terus speed laju kat lorong kiri seiring dengan kereta kami sambil buat muka samseng. Masa tu aku sabar lagi. Takpeee sabarrr. Dia slowkan lagi kereta dia, then speed.. buat muka sama (kiranya belah kiri aku je masa tu). Aku dah tak sedap hati. Aku suruh abah abaikan je perangai dia tu. Bila abah dah mula jauhkan kereta dia ke kanan, dia yang dari lane kiri tu nak cuba menghimpit lagi ke lane tengah pulak. Ada kereta lain pulak tu kat lane tengah. Haaa udah.. Dia hilang kawalan, nak mengelak tapi terlanggar divider jalan. Berpusing-pusing terus mengadap belakang. Cashhh kau dapat. Aku yang senyap je sebelum tu tak dapat kawal dah.. "Hahhhh! Padan mukaaaa! #$!@^&*!!!"
Syukur Allah lindungi kami. Moga itu satu pengajaran buat dia. Kejadian yang memalukan untuk dia. Tunjuk lagak kononnya.
Tapi kesian :( aku nampak ada budak dalam kereta tu. Tak tahu lah apa keadaan dia :(







.jpeg)




