July 12, 2011

TEMA WARNA BAJU RAYA

Dah beli baju raya dah? Dah tempah? Blurghhhhhhhhh im so jealous! Ramai kawan-kawan aku dah beli. Dah tempah siap dah pun.

Aku masih belum beli lagi kain untuk baju raya. Hari tu pergi pekan ipoh dengan ibu, konon nak cari la. Tapi entah tak tahu la kalau aku ni cerewet sangat ke, kain-kain kat kedai favourite kami tu macam tak menarik sangat. Warnanya dull. Setiap kali pekerja tu tunjukkan kain ela satu satu kat depan kami, aku dah rasa bersalah. Ommaigod, aku reject lagi dan lagi dan lagi. Takde satu pun yang menarik. Ada jugak lah yang setakat 'boleh tahan', tapi ibu sempat pesan 'kalau taknak jangan ambik'. Means dia pun faham, kalau aku tak suka kain tu, aku akan pakai sekali je. Kalau boleh nak la nampak sweet dan sesuai kalau nak pergi kelas or kenduri. Dah lali kena perli dengan lecturer sebab pakai baju macam nak nikah. 

Sejak tahun 2009, kami start pakai baju color/tema sama. Design taknak laa same. Boring. Tapi color tu boleh campur dengan warna lain. Kalau color sama, memang best. Nampak sehati sejiwa gituuuu.

Tahun 2009, tema kami color chocolate. Tapi maklumlah aku ni dulu gila pink, setiap kali raya sejak kecik lagi, aku mesti ada satu pasang baju kurung warna pink. Mesti orang ingat aku sengaja nak kumpul. Tapi mula mula dulu memang tak sedar langsung setiap kali raya, baju warna pink. Maka, secara tak sengaja, masa tema color chocolate tu, baju aku banyak unsur color pink. Ah what ever 



Tahun 2010, kitorang decide color hijau pulak. Ahhh aku memang suka pilihan color masa tu. Memang pada mulanya aku tak terfikir langsung nak color hijau, tapi bila pagi raya satu family pakai, baru aku rasa color tu memang sejuk mata memandang. Suka tengok abah yang cukup sporting pilih baju warna sama. Tapi sorry laaa.. aku sekali lagi lari sikit warna hijau dia   


Tak sabar nak bulan ramadhan dan bulan syawal. Sememangnya dua-dua bulan tu terbitkan rasa yang cukup indah dalam hati aku.


Tahun ni color apa pulak? Ehemmmmmmmmmm nanti masa hari raya aku share. Kekeke. Tapi warna tak jauh dari apa yang aku pakai :) But i totally love the color Eceh, belum beli lagi cakap banyak   

Hihihihihihihihihihihihihi InsyaAllah, kali ni raya kami tak berlima lagi, tapi ber-6. Adakah mungkin tahun depan ber-7 (baby along), ber-8? suami kakyu, atau ber-sembilan? Heyyyppp!

Bye!

#onefactaboutme : saya tak suka pergi kedai kain

2 {Notes}:

namivamp said...

dua dua baju ayu stand out ;)

AyuCandy said...

:') Awww thanks

Post a Comment