Monday, July 11, 2011

TUTORIAL : GAMBAR DALAM TEKS (ADOBE ILLUSTRATOR)

Assalamualaikum.

Another tutorial! Yuuhuuuu. Sekarang aku akan ajar cara nak guna Adobe Illustrator (AI)

Dulu masa sekolah, tak pernah pun sentuh software ni. Masa dulu, sangat addicted dengan Adobe Photoshop je. Masa tu, buat frame pun dah jadi satu kepuasan. Dulu mana ada Photoscape semua tu lagi. Sekarang senang je kan nak edit gambar. Kalau tak tahu guna photoshop, boleh guna Photoscape atau Picnik. Tapi kami student Art and Design, nak edit gambar or buat assignment, takkan nak guna Photoscape kot. Agak agak la kan. Tapi sejak masuk Diploma dulu, kami  dijinakkan dengan Adobe Illustrator. Love it.

Walaupun minat, tapi jarang pulak aku buat tutorial pasal Adobe Illustrator. Bagi aku, Adobe Illustrator ni banyak gak pantang larang dia. But it is fun. Boleh buat vector, printing product, typography, illustration dan sebagainya. Buat doodle pun boleh. Memang advantage pada yang suka melukis tu. 

Aku baru buat satu je tutorial pasal Adobe Illustrator : Asas tracing/buat vector 

Kali ni kita belajar cara nak buat gambar dalam teks.Guna teknik CLIPPING MASK 


Pertama,
bullet Buat file baru. File >> New (Short-cut : Ctrl+N)
Letak la size berapa pun. Nak ikut macam aku buat pun takpe. 



Kedua,
bullet Taip dulu perkataan yang diingini. Font pilih yang sesuai untuk nampak gambar tu nanti. Yang gemuk-gemuk, gebu-gebu.


Ketiga,
bullet  Pilih mana mana gambar. 
Jangan la pemalas sangat, pergi drag gambar dari folder terus ke AI. 
Cara nak letak gambar, pergi File >> ambil Place



Bila dah pilih mana-mana gambar yang nak letak dalam teks tu, un-link kan dia. Tu, seperti dalam kotak purple tu. Klik untuk un-link. Buang tanda ✓ Then, klik Place


Tujuan? Supaya masa kita nak save design nanti, file tu tak missing atau tak hilang. Dulu masa aku tak tahu, selalu sangat jadi. Bila nak print, gambar tu hilang. Cara taknak file tu missing adalah un-link kan seperti di-atas, atau masa nak print nanti, bawak semua file gambar tu dalam satu folder. Lecturer aku kata, kalau un-link ni, kelemahan dia gambar kurang cantik. 

Keempat,


Seperti gambar di atas, sekarang kita nak masukkan gambar bulu kucing tu dalam setiap huruf.

bullet Select teks tu, right-click dan pilih Create Outline. Selepas create outlines, teks tu tak boleh ditukar seperti pilih font lain. Teks tu sudah menjadi imej (gambar), bukan sebagai teks lagi. 

bullet Right-click sekali lagi teks tu, pilih Ungroup 




Kelima,
bullet Bawa huruf N tu ke gambar. Right-click huruf tu, ambil Arrange >> Bring to Front


Keenam,


Kali ni kita fokus dulu kat huruf N tu. Fun part!

bullet Make sure huruf N tu kat depan ok. Select gambar dan huruf tu sekaligus, dan Ctrl+7



bullet Yey, dah jadi. Sekarang gambar tu sudah pun berada dalam huruf N!




Boleh ubah kedudukan gambar tu dengan menggunakan Direct Selection Tool ;




bullet Ulang step yang sama untuk huruf yang lain-lain.


DONE.



Fightinggggg! 

7 ♥:

kiki said...

wow. banyak betul gambar dream high. kantoi!

AyuCandy said...

Aaaa sbenarnya nak tukar.. nak print screen balik file Neko.. tapi malas. Hahaha kantoi :P

Sofie Ezzaty said...

dah jadi ! thanxx !

AyuCandy said...

@Sofie Ezzaty

Yey, welcome :)

iffah imani said...

tq..banyak sangat yangsaya dapat belajar dari gula-gula, harap di teruskan berkongsi ilmu...moga dimurahkan lagi rezeki...

AyuCandy said...

@iffah imani

Alhamdulillah, glad to know that. InsyaAllah, nanti sy banyakkan lagi tutorial. Amin. Thank you :)

ziahSu said...

saya da tgk dream high..best:)