November 11, 2011

CREATE YOUR OWN CUSTOM ALBUM (PART 2)

Entry ini adalah sambungan daripada tutorial edit gambar Part 1.

Jom sambung tutorial before penyakit malasssss datang!
Okey cepat bukak! Ehhhh. 
Bukak Adobe Illustrator la.


Untuk part II ni, kita memang fokus kat Adobe Illustrator sahaja. Tutorial lepas kita dah settle edit gambar kan?

Now kita kena susun design gambar tu dalam layout custom album yang sebenar. Kenalah dilakukan secara teliti. Kalau pakai tibai je susun, maka kebarangkalian untuk gambar anda terpotong tu adalah besar. So make sure susun betul betul. Tepat tepat! 

Tak perlu susah susah create template. Saya berbesar hati sudah sediakan untuk anda. Cuma perlu download sahaja dan ikut step seterusnya.

Cepat download template kat sini >>> TEMPLATE CUSTOM ALBUM
Panas panas! :P

Dah download? Ok buka file tu sekarang dan jom baca step seterusnya.

Bagaimana nak susun or place gambar template yang kita dah edit kat Photoshop tadi.

Template mesti dalam keadaan ini okey?
Garis-garis biru tu mesti ada. Sebagai guide untuk susunan nanti.


Place gambar.
Ambil New >>> Place..
Pilih file gambar yang dah diedit kat Photoshop tadi.

Camni keadaannya bila dah place gambar.
Tengok, gambar tu mesti ngam-ngam dalam box line biru tu okek?


 Dalam bulatan biru, ada crop mark. Bila dah print nanti, kita crop ikut tanda tu.
Time crop tu, image akan terpotong mengikut garisan biru (seperti anak panah)
Dalam bulatan merah, itu kawasan bleed.  Area tu kita akan potong nanti.
*Masa susun gambar kat Photoshop dalam tutorial part 1, 
kena bijak susun gambar supaya ada space untuk bleed. 

Bila gambar dah pun disusun, seterusnya terpulang pada anda untuk letak vector (kerawang-kerawang ke...), letak wording ke.. ALL IS UP TO YOU.

Boleh la nak letak ayat-ayat jiwangssss sukati anda. Kekeke.

Bila dah siap dan puas hati semua, boleh la create outlines. Step ni penting supaya segala wording tu tak hilang. Tapi bila dah create outlines, anda tak boleh nak edit text tu dah. Wording tu dah jadi image. So make sure la anda yakin dan taknak edit apa apa dah before step ini. Kalau dah yakin, boleh la create outlines.

Select ALL (Ctrl+A) dan ambil Type >> Create Outlines


Save file!

Save sebagai pdf
(File >> Save)

atau nak cuba Jpeg pun boleh~~
(File >> Export...) dan pilh format (.jpg)

You are done! Boleh la dihantar untuk print.



6 {Notes}:

Ini Al-Fareez said...

yg ni tuk muka depan ke?

AyuCandy said...

@Ini Al-Fareez

Tak, ini final step untuk inner page. Sbb kat sini la nak letak wording. Kat photoshop tak sesuai.

Nak tutorial utk front dan back page ke? Same step je sebenarnya. Cuma size nak set kat Photoshop tu separuh daripada size template utk inner page ni.

Ini Al-Fareez said...

owh, ok2... thanks ye~

AyuCandy said...

@Ini Al-Fareez

Sama-sama geng :)

Slumb3r said...

sis... inspiring la blog u neh... dang!... siyes doe!... inspiring...

AyuCandy said...

@Slumb3r

Terima kasih banyak-banyak :)

Post a Comment