Banyak sebenarnya yang aku nak tulis dan rekodkan dalam blog aku ni. Tapi itulah, ada beberapa perkara aku terpaksa biarkan sahaja, berterbangan, dan pecah.
Semester ni agak menguji aku. Dari segi masa, dan kekuatan fizikal dan mental. Tapi syukur, setakat ni aku berjaya kawal dan terasa yakin akan setiap subjek. Err walaupun tak semua. Aku sudah cuba yang terbaik. Tapi tidak mengharap tinggi. Biarlah Allah yang menilai samada aku layak atau tidak peroleh keputusan yang memuaskan hati :)
Ada sesuatu masa, aku rasa sangat 'senak'. Ya Allah, mampu atau tidak aku nak siapkan semuanya dalam masa yang singkat. Aku hamburkan semua kekuatan aku pada assignments. Ada kalanya aku hadapi sorang-sorang. Ada kalanya juga, ada teman yang setia disisi. Memberi sokongan dan doa. Tidak sangka, Tuhan tunjukkan padaku teman yang sebenar-benarnya teman.
Saat susah, rasa nak demam, tekanan, dan nak menangis. Paling risau, aku takut kalau lecturer tak suka dengan kerjaku.

BEL 422 - Report Writing. Ohhh i love my lecturer, Dr Chai Moo Hung. So lovable and supportive. Thanks for my group members too, Jojo and Azika.

CTU553 - Hubungan Etnik. Aku telah menghabiskan masa sepanjang hari untuk design kesemua 53 slides. Thanks Kiki, Gummi, Azika dan Jojo.

RMD 577 - Research Methodology. Aku selalu juga contact Miss Wahiza melalui facebook. She is super baik. Penyabar juga orangnya. Tapi sedih, setiap kali nak jumpa dia, mesti tak dapat. Samada dia busy, takpun aku. Aku sedar, aku tak bagi yang terbaik pun for this subject :( My bad.


PDT 551 - Introduction of Offset Lithography. Minor Printing Technology. Sudah beri yang terbaik untuk report. ♥

BJP 451 - Japanese Language II. Final project for this semester - Short film. Whuargh sangat penat untuk siapkan semua ni. Mengambil masa 3 hari. Penat sangat. Thanks Azika, Jojo dan Udiey. Aku harap kita dapat markah yang baik. Amin!

GDT 512 - Marketing Communication. Hahaa.. tak target A pun for this subject. Rasa sederhana sangat-sangat my effort for this subject.


GDT 568 - Communication Design and Art Direction. Subjek ni paling senak nak buat. Nak create idea bukan satu yang mudah. Kau pun tak tahu bila idea tu akan datang. My idea datang sangat-sangat lewat. Tu yang penat tu sebab terpaksa siapkan dalam masa yang terhad. Tekanan sangat-sangat. Tapi syukur dengan hasilnya. Doakan untuk aku ya. Last but not least, thanks Puan Jamizan. Subject ni belajar tentang Advertising. Camne nak buat iklan print ad. Nampak je mudah.. tapi, pfttttt.
Azam 2011 aku ada juga yang tercapai. Terutama nak lulus lesen memandu. Hahaha. Ada lagi satu azam 2010 tapi tak tercapai. Bukan rezeki aku. :)
Tahun 2011 juga, aku dapat kenal lebih ramai kawan. Terutama batch degree semester 04. Ramai weh batch aku untuk sem 04 ni. Tak mampu lagi nak kenal semua. Dorang pun entah kenal entah tak aku ni. Hahaha. Aku harap hubungan aku dengan dorang akan menjadi baik. Semuanya ada keistimewaan masing-masing.
Semoga kedatangan 2012 adalah tahun yang baik. Tahun yang memberi aku, dan keluargaku kejayaan dunia dan akhirat.
Terima Kasih Allah atas rezeki dan perlindunganMu selama ini. Alhamdulillah.
Rasanya ni pertama kali aku busy di hujung tahun. Selalunya ni adalah waktu-waktu cuti. Aku boleh duduk bersenang di rumah bersama keluarga. Tapi tahun ni.. sangat lain. Sekarang sedang bersiap sedia untuk exhibition dan satu paper final exam. Doakan saya :")
Oh ya, untuk temanku, Intan, selamat pengantin baru.
TERIMA KASIH sangat-sangat pada famili aku. Sangat supportive terutama abah dan ibu. Saat abah dan ibu pergi menunaikan haji, aku tak pernah rasa mereka jauh. Aku bawa harapan dan doa mereka sebagai kekuatan diri. Thank you so much.
Take care.
Tata.








1 people(s) have been poisoned:
hye dear!! selamat tahun baru....! dayang bangga sangat dengan ayu.. banyak artwork yg ayu buat dyg kagum... dyg yakin ayu akan menjadi pelajar yang terbaik di sana!! good luck untuk final ya sayang... fighting!!! muah2! :)
Post a Comment
♥Leave you comment. Appreciate that!♥
By ; AyuCandy